KOMUNIKASI
DAN PENYIARAN DALAM ISLAM
JELASKAN
PERANAN PELAJAR DALAM MEWUJUDKAN PERPADUAN MELALUI INTEGRASI BUDAYA
NAMA
PENSYARAH: USTAZ SAIFUL
JABATAN
PERDAGANGAN
SESI
DISEMBER 2017
NAMA
|
NO. MATRIKS
|
NOR SYUHADAH
BINTI MOHD NOH
|
02DLS15F2034
|
NOR AMIRA
SHAKIRA BINTI JUSOH
|
02DLS15F2039
|
AIMINUR FAIZAH
BINTI ISWADI
|
02DLS25F2040
|
NUR IZATI MISWA
BINTI ARIFFIN
|
02DLS15F2037
|
NURUL FATIN NAZIHAH BINTI FAIZUL
|
02DLS15F2053
|
OBJEKTIF
Ø Mengeratkan hubungan silaturrahim walaupun berbeza
kaum.
Ø Dapat memupuk dan menyemai perpaduan di negara ini.
Ø Menunjukkan teladan yang baik agar dapat mencontohi
nilai-nilai murni yang baik.
Ø Berbudi Bahasa dan menjaga pergaulan sesame bangsa.
PENGENALAN
Perpaduan
dalam Islam bukan sekadar hubungan baik ntegr Islam sahaja, malah merangkumi
kepada kaum bukan islam jua. Sejarah di zaman Rasulullah S.A.W mencatatkan
bahawa masyarakat yahudi dan ntegrit ketika itu hidup aman dan damai di Madinah
Munawwarah, kerana hak mereka tidak dicerobohi oleh umat Islam. Kesan keadilan
Islam inilah kelompok Islam yang awalnya ntegrit menjadi ntegrit apabila kaum
bukan Islam beramai-ramai menganuti Islam kerana tertarik hati dengan kebaikan
yang ditonjolkan oleh umat Islam yang terserlah melalui akhlak dan perlakuan
terpuji penganut-penganutnya.
Bagi Malaysia, perpaduan
menjadi keutamaan yang tinggi untuk membentuk sebuah negara yang aman dan
harmoni yang mana dihuni oleh masyarakat pelbagai kaum,budaya serta agama.
Kepentingan ini semakin terserlah apabila isu perkauman sering diperkatakan
secara meluas oleh pelbagai lapisan masyarakat. Perpaduan ntegr masyarakat
Islam dinyatakan secara jelas di dalam Al-Quran surah Al-Imran ayat 103 yang
bermaksud “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah (agama Islam)
dan janganlah kamu bercerai-berai”.
Sebenarnya keutuhan perpaduan ntegr
masyarakat Islam tidak akan tercapai kecuali selepas terlaksana beberapa
prinsip asas seperti tolong-menolong dalam menggalakkan kepada kebaikan dan
mencegah kemungkaran. Dalam kontek ini, pelajar juga berperanan mewujudkan
perpaduan dalam kalangan mereka. Selain itu, boleh dimantapkan lagi dengan
melalui aspek moral yang baik, berakhlak mulia seperti saling menyayangi dan
bersikap toleransi. Apabila berlaku sesuatu perbalahan antara kaum, pihak
bertanggungjawab terutamanya kerajaan mestilah mengambil langkah yang
sewajarnya agar bibit-bibit persengketaan dapat dibendung dengan segera.
PERANAN
PELAJAR DALAM MEWUJUDKAN PERPADUAN MELALUI INTEGRASI BUDAYA
Dalam zaman pascakemerdekaan ini, isu perpaduan kaum
merupakan satu usaha berterusan yang dipikul dan dijunjung bersama-sama oleh
semua pihak. Sekiranya terlerai ikatan silaturahim dan musnah perpaduan dalam
masyarakat, nescaya pelbagai impak ntegrit akan menimpa masyarakat khususnya
dan negara amnya. Oleh sebab itu, peranan setiap rakyat Malaysia diperlukan
dalam memupuk dan menyemai semangat perpaduan di negara ini. Peranan ini tidak
hanya diperuntukkan untuk orang dewasa sahaja tetapi untuk para pelajar juga
agar mereka lebih menghayati dan seterusnya sentiasa mengamalkan sikap semangat
perpaduan ini. Persoalannya, apakah peranan pelajar dalam mewujudkan perpaduan
melalui ntegrity budaya?
Antara peranan pelajar dalam mewujudkan perpaduan
melalui ntegrity budaya ialah sikap saling menghormati antara satu sama
lain. Sikap seperti ini adalah sikap yang murni dan sentiasa digalakan
dalam setiap agama. Sekiranya pelajar menunjukkan sikap yang tidak baik
terhadap pelajar lain, maka rasa hormat dan semangat bersatu padu itu tidak
akan wujud dalam diri setiap pelajar. Sebagai contoh, menghormati rakan-rakan
yang berbeza agama dan budaya supaya setiap pelajar dapat saling bersama- sama
dalam melakukan pelbagai perkara seterusnya mendapat suasana belajar yang aman
dan damai. Bak kata pepatah, sepakat membawa berkat.
Para pelajar juga hendaklah menghindarkan diri
dari bersangka buruk dan hasad dengki terhadap pelajar lain. Akhlak
ini akan membawa kepada perpecahan dan akan menyebabkan kelemahan kepada ummah.
Selain itu, pelajar perlu melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti yang
dianjurkan oleh pihak sekolah yang melibatkan pelajar pelbagai kaum. Dengan
ini, mereka akan bekerja, membantu dan tolong- menolong di antara satu sama
lain untuk memupuk semangat kerjasama dan saling mempercayai di antara satu
sama lain.
Selain itu, sikap
perkauman dan keagamaan perlu dielakkan dalam diri setiap orang
pelajar. Usaha membentuk satu bangsa Malaysia amat mencabar kerana
selepas kemerdekaan,masalah perkauman tetap merupakan satu isu yang serius dan
perlu diambil perhatian. Malaysia yang terdiri daripada penduduk berbilang kaum
pernah menghadapi masalah dan konflik kaum, Khasnya peristiwa 13Mei 1969.
Sambutan hari perayaan, seperti hari
raya, tahun baru cina dan deepavali di sambut di peringkat sekolah juga salah
satu langkah yang berkesan bagi mengeratkan hubungan antara kaum. Sebagai
contoh, pada sambutan hari raya kesemua yang hadir memakai pakaian tradisional
melayu. Secara tidak langsung wujudnya semangat perpaduan dan tiada lagi sifat
perkauman.Bukan itu sahaja, kaedah pembelajaran secara berkumpulan yang terdiri
daripada kaum yang berbeza dapat mengeratkan lagi hubungan dan ia secara tidak
langsung akan wujudnya masyarakat yang penyayang di sekolah dan akan
melahirkan perpaduan serta kesatuan yang kuat dalam kalangan pelajar.
KESIMPULAN
Tuntasnya, pelajar juga berperanan penting dalam
mewujudkan perpaduan melalui ntegrity budaya agar semangat tersebut diamalkan
dalam masyarakat serta merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan rakyat
Malaysia hidup bersatu padu dan harmoni. Remaja merupakan tonggak negara dimana
mereka perlu cakna akan peranan memupuk perpaduan tanpa mengira kepelbagaian
etnik dan kebudayaan supaya hasrat untuk membentuk sebuah negara yang
cemerlang, gemilang dan terbilang tercapai. Selain itu, iltizam dan kesungguhan
remaja dan pelajar dalam memupuk semangat perpaduan amat dituntut demi
mewujudkan negara yang bersatu padu dan berdaya saing di peringkat global.
Justeru itu, semua pihak perlu menanam sifat keikhlasan dalam diri
masing-masing agar perpaduan tidak bersulamkan niat meretakkan. Jangan tangan
kanan menghulur madu, tangan kiri menghulur racun.
CADANGAN
1. Mengadakan
kurikulum yang seragam untuk semua sekolah.
2. Program anak
angkat merupakan satu rancangan pertukaran pelajar untuk sesuatu aktiviti demi
kebaikan pelajar. Selalunya ia berfokuskan kepada pembinaan perhubungan yang
tidak mengira agama, bangsa dan negara atau dengan kata lain menuju perpaduan.
3. Memperbanyakkan
aktiviti secara berkumpulan semasa di sekolah tanpa mengira kaum.
4. memumpuk sifat saling menghormati antara satu sama
lain tidak mengira kaum.
5. mengadakan pembelajaran yang berkaitan dengan
kepentingan perpaduan dalam kalangan pelajar.
RUJUKAN
1.https://www.blogger.com/blogger.g?blogID=6021956498173698567#editor/target=post;postID=1812728411244182240;onPublishedMenu=allposts;onClosedMenu=allposts;postNum=0;src=link
2.https://www.scribd.com/doc/26913667/Integrasi-Budaya-Sub-Budaya-an-Budaya
3.Berita Harian 20 April 2011- pestakebudayaan pupuk sifat saling menghormati.
4.Buku komunikasi dan penyeriarandalam islam siri politeknik terbitan oxford Fajar Sdn.Bhd
5.http://www.academia.edu/7967819/Kepentingan_Perpaduan_Kaum
2.https://www.scribd.com/doc/26913667/Integrasi-Budaya-Sub-Budaya-an-Budaya
3.Berita Harian 20 April 2011- pestakebudayaan pupuk sifat saling menghormati.
4.Buku komunikasi dan penyeriarandalam islam siri politeknik terbitan oxford Fajar Sdn.Bhd
5.http://www.academia.edu/7967819/Kepentingan_Perpaduan_Kaum
No comments:
Post a Comment